1. Bentuk saya empat segi. Saya berwarna putih, kelabu atau hitam. Gunakan saya untuk mencetak tugasan atau gambar daripada komputer.
Jawapan:
2. Saya perhatikan kamu ketika kamu bekerja. Kadang-kadang, muka saya kosong. Kadang-kadang, muka saya penuh dengan teks atau gambar.
Jawapan:
3. Saya tidak ada mulut tetapi saya boleh bersuara. Kamu boleh gunakan saya untuk mendengar pelbagai bahan. Hilanglah rasa bosan kamu.
Jawapan:
4. Terdapat banyak huruf dan nombor di atas badan saya. Kamu boleh menggunakan saya untuk menaipkan perkataan atau ayat.
Jawapan:
5. Badan saya boleh dimasukkan cakera padat ( CD ) untuk menyimpan maklumat atau mendengar lagu.
Jawapan:
6. Kamu boleh menggunakan saya untuk menunjukkan gambar atau perkataan yang kamu mahu.
Jawapan:
- papan kekunci
- monitor
- mesin pencetak
- cakera padat
- pad sentuh
- pemacu cakera
No comments:
Post a Comment